Pages

TANDA - TANDA IMAN KITA SEMAKIN LEMAH



ASSALAMUALAIKUM ...

Kita jadi alpa dengan status keimanan kita bila kita makin kerap mengejar dunia . Kita sendiri sedia maklum , terlalu banyak sosial life yang boleh menjadikan iman kita makin lemah tanpat kita sedar . Tak kira la sama ada kegiatan sosial tu atas sebab kerja . 

Antara tanda - tanda Iman kiat kian lemah :

1. Melakukan dosa tanpa rasa bersalah . 

Mungkin kita rasa itu cuma perkara kecil dan remeh . Contohnya , seorang pelakon yang membuka hijabnya semata - mata nak menjayakan watak yang diberi .

2. Rasa susah nak bangun pagi untuk melakukan solat . 

Tapi boleh bangun pagi sebab ada tugas penting atau perlu bertugas di luar .

3. Tidak khusyuk ketika solat . 

Masa sedang solat , otak ligat memikirkan hal dunia .

4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir . 

Bila sesuatu berlaku padanya , dia salahkan Allah , tak percayakan tuhan . Kata Allah tak sayang dia , tak tolong dia .

5. Tak sabar terima ujian . 

Mengeluh bila sesuatu terjadi padanya . Menyalahkan semua yang berkaitan . Melepaskan geram pada orang yang ada kat sekelilingnya .

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja .

Mereka akan dipandang hina jika tiada harta walaupun mereka sebenarnya tahu harta yang banyak itu tak boleh di bawa masuk ke dalam kubur untuk jadi bekalan nya kat sana .

7. Meninggalkan al - Quran tanpa di baca .

Ramai orang menjadikan al - Quran sebagai hantaran perkahwinan tapi tak ramai yang mahu membacanya setiap malam untuk memberi cahaya pada rumahnya .

8. Tidak endah manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukan nya .

Melakukan maksiat baginya adalah hak peribadi sebab kubur tak sama . Mereka rasa menjaga hal sendiri lebih baik dari menjaga tepi kain orang lain .

9. Tidak merasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam .

Perkara normal bagi pasangan kekasih berpegangan tangan . Kolot kalau tak buat . Bercinta memanglah macam nih , katanya .

10. Tidak merasakan apa -apa pun bila mendengar orang membaca ayat suci al - Quran .

Mereka rasa mendengar lagu terbaru yang dinyanyikan oleh artis popular atau pujaannya lebih touching dan menghiburkan .

11. Suruh orang buat baik , tapi diri sendiri tak lakukannya .

Bila ahli keluarga atau kenalan ada bersamanya , dia menunjukkan contoh yang baik , pijak semut pun tak mati . Tapi dia menjadi dirinya yang sebenar bila tiada bersama mereka .

12. Beras senang atau gembira bila sesuatu perkara buruk berlaku atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain .

Dia merasa seronok sebab perkara tersebut akan beri peluang yang baik / berguna padanya .

13. Hanya peduli halal dan haram sahaja . Perkara makruh dia tak ambil kisah .

14. Ketawakan orang yang buat kebaikan kecil seperti mencuci masjid 

Mencuci masjid  sebenarnya kerja mudah yang boleh dapat pahala yang banyak . Tapi masih ramai yang tak mabil tahu pun .

15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam .

Ada duit yang banyak untuk beli kereta Miserati tapi tak terbuka hati untuk buat sesuatu untuk membantu rakyat Palestin .

16. Tak rasa bertanggung jawab untuk ikut kemajuan agama Islam .

17. Suka berdebat walaupun tiada bukti .

Cuma nak tunjuk dia hebat dan nak sakiti hati orang lain dengan hujahnya yang tak ada bukti yang kukuh .

18. Menjadi lalai dan obses kepada diri sendiri .

Merasa dirinya berjaya atas usahanya sendiri SERTA kelebihan dan kebijaksanaan yang dia ada .

Related Posts:

  • Bersedekah Menyebabkan Kita Kaya Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya. Sedekah Menjadi Sebab… Read More
  • 5 Artis Korea Beragama IslamArtis Korea yang beragama Islam memang sangat sedikit jumlahnya, hal ini dikarenakan penduduk korea yang beragama islam masih sangat sedikit. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Korea selatan yang mencapai jumlah 48… Read More
  • Dialog Antara Perkahwinan, Hantaran Dan Zina (Sekadar Renungan) Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah sayaTeruna : Boleh ke?Gadis : Masuk je lah, saya nak siapMenyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.Teruna : Assal… Read More
  • Air mineral halal ada logo berhala Hindu    Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan (tengah) berkata keadaan ini meragukan pengguna Islam dan hal ini merupakan suatu yang serius. KUALA LUMPUR, 4 November: Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pengguna Isl… Read More
  • Bandar Raya Islam Oleh Hilmi Ali (mohdhilmi@abnxcess.com) GOMBAK – Pembinaan Bandar Raya Islam di dalam kawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dijangka mampu menjadi penanda aras kepada kejayaan kejuruteraan Islam di negar… Read More

1 comments:

  1. Tanda - Tanda Iman Kita Semakin Lemah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Tanda - Tanda Iman Kita Semakin Lemah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Tanda - Tanda Iman Kita Semakin Lemah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)