Pages

TANDA - TANDA IMAN KITA SEMAKIN LEMAH



ASSALAMUALAIKUM ...

Kita jadi alpa dengan status keimanan kita bila kita makin kerap mengejar dunia . Kita sendiri sedia maklum , terlalu banyak sosial life yang boleh menjadikan iman kita makin lemah tanpat kita sedar . Tak kira la sama ada kegiatan sosial tu atas sebab kerja . 

Antara tanda - tanda Iman kiat kian lemah :

1. Melakukan dosa tanpa rasa bersalah . 

Mungkin kita rasa itu cuma perkara kecil dan remeh . Contohnya , seorang pelakon yang membuka hijabnya semata - mata nak menjayakan watak yang diberi .

2. Rasa susah nak bangun pagi untuk melakukan solat . 

Tapi boleh bangun pagi sebab ada tugas penting atau perlu bertugas di luar .

3. Tidak khusyuk ketika solat . 

Masa sedang solat , otak ligat memikirkan hal dunia .

4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir . 

Bila sesuatu berlaku padanya , dia salahkan Allah , tak percayakan tuhan . Kata Allah tak sayang dia , tak tolong dia .

5. Tak sabar terima ujian . 

Mengeluh bila sesuatu terjadi padanya . Menyalahkan semua yang berkaitan . Melepaskan geram pada orang yang ada kat sekelilingnya .

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja .

Mereka akan dipandang hina jika tiada harta walaupun mereka sebenarnya tahu harta yang banyak itu tak boleh di bawa masuk ke dalam kubur untuk jadi bekalan nya kat sana .

7. Meninggalkan al - Quran tanpa di baca .

Ramai orang menjadikan al - Quran sebagai hantaran perkahwinan tapi tak ramai yang mahu membacanya setiap malam untuk memberi cahaya pada rumahnya .

8. Tidak endah manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukan nya .

Melakukan maksiat baginya adalah hak peribadi sebab kubur tak sama . Mereka rasa menjaga hal sendiri lebih baik dari menjaga tepi kain orang lain .

9. Tidak merasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam .

Perkara normal bagi pasangan kekasih berpegangan tangan . Kolot kalau tak buat . Bercinta memanglah macam nih , katanya .

10. Tidak merasakan apa -apa pun bila mendengar orang membaca ayat suci al - Quran .

Mereka rasa mendengar lagu terbaru yang dinyanyikan oleh artis popular atau pujaannya lebih touching dan menghiburkan .

11. Suruh orang buat baik , tapi diri sendiri tak lakukannya .

Bila ahli keluarga atau kenalan ada bersamanya , dia menunjukkan contoh yang baik , pijak semut pun tak mati . Tapi dia menjadi dirinya yang sebenar bila tiada bersama mereka .

12. Beras senang atau gembira bila sesuatu perkara buruk berlaku atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain .

Dia merasa seronok sebab perkara tersebut akan beri peluang yang baik / berguna padanya .

13. Hanya peduli halal dan haram sahaja . Perkara makruh dia tak ambil kisah .

14. Ketawakan orang yang buat kebaikan kecil seperti mencuci masjid 

Mencuci masjid  sebenarnya kerja mudah yang boleh dapat pahala yang banyak . Tapi masih ramai yang tak mabil tahu pun .

15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam .

Ada duit yang banyak untuk beli kereta Miserati tapi tak terbuka hati untuk buat sesuatu untuk membantu rakyat Palestin .

16. Tak rasa bertanggung jawab untuk ikut kemajuan agama Islam .

17. Suka berdebat walaupun tiada bukti .

Cuma nak tunjuk dia hebat dan nak sakiti hati orang lain dengan hujahnya yang tak ada bukti yang kukuh .

18. Menjadi lalai dan obses kepada diri sendiri .

Merasa dirinya berjaya atas usahanya sendiri SERTA kelebihan dan kebijaksanaan yang dia ada .

Related Posts:

  • 7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan Oleh Suami !!! Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami... Rasulullah Shallallahu’ alaihi Wasallam bersabda, ” Mahukah kamu keberitahu suatu hart… Read More
  • Apakah itu kasturi? Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia.Kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman.Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui… Read More
  • AWAS ,Berhati-Hati Pada Usia 40 Tahun !!! Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,.. حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْ… Read More
  • Cara Tukar Rumi ke Jawi Secara Online Entri kali ni ringkas (err.. isyaAllah). Cara bagaimana nak tukarkan perkataan rumi kepada jawi, walaupun korang tak mahir bahasa jawi walaupun korang berbangsa melayu. Hehe. Ini bukan tutorial tapi hanya sekadar b… Read More
  • LARANGAN ALLAH : Inilah Terjadi Bila Bersentuhan Abe kongsikan sebuah sabda Rasulullah:    لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ “Kepala salah seorang ditusuk dengan j… Read More

1 comments:

  1. Tanda - Tanda Iman Kita Semakin Lemah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Tanda - Tanda Iman Kita Semakin Lemah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Tanda - Tanda Iman Kita Semakin Lemah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)