Pages

Kisah Suami Beristerikan Si Jelita. Anda Pasti Berfikir Panjang Selepas Membaca Kisah Ini

Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.



Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Member: “Aku cakap directlah boleh?”

Aku: “Sila, sila..”

Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.

Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.

Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.
High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.

Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”

Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”

Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.
Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.

Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.
Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.

Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.
Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”

Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.
Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”

Aku termenung lama…

Diterbitkan di TheVocket dengan keizinan
Cerita Oleh: Muhammad Rusydi

Related Posts:

  • Islam dijangka ‘tawan’ Britain London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penga… Read More
  • AWAS ,Berhati-Hati Pada Usia 40 Tahun !!! Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,.. حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْ… Read More
  • Perlu Akui Hakikat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal … Read More
  • Nama terpanjang di Malaysia SHAH ALAM - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah … Read More
  • Cara Tukar Rumi ke Jawi Secara Online Entri kali ni ringkas (err.. isyaAllah). Cara bagaimana nak tukarkan perkataan rumi kepada jawi, walaupun korang tak mahir bahasa jawi walaupun korang berbangsa melayu. Hehe. Ini bukan tutorial tapi hanya sekadar b… Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)