Pages

SIMBOL SYAITAN YANG PERLU ANDA KETAHUI!




Simbol Syaitan Yang Harus Anda Kenali | Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini.

Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.

 

Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.


Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927.


Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.



"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap merekadengan Al Qur'an dengan jihad yang besar. "(Alfurqan 52)

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban.” (Al-Isra’: 36)’

rujukan : http://www.jesus-is-savior.com/False%20Religions/Wicca%20&%20Witchcraft/signs/signs_of_satan2.htm
http://www.blogammar.com/kenali-simbol-syaitan/

Related Posts:

  • KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH SETIAP MALAMBagi seorang mukmin apabila berada pada bulan Ramadhan akan berhadapan dengan dua jihad di dalam dirinya.Pertama jihad di siang hari dengan berpuasa dan kedua jihad pada malam hari dengan Qiyamullail.Sesiapa yang berjaya mela… Read More
  • Petua Murah Rezeki, Amalkan 20 Amalan Ini01.Menyempatkan diri beribadahAllah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefak… Read More
  • Penemuan Sains Dalam Al-Quran CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA PANTULAN Peradaban-peradaban awal manusia percaya bulan menghasilkan cahayanya sendiri. Sains kini memberitahu kita bahawa cahaya bulan ialah cahaya yang dipantulka… Read More
  • Tidur Meniarap Adalah Dilarang Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan … Read More
  • 5 Rahsia Yahudi Yang Anda Boleh Guna Untuk Didik Anak Jadi Bijak Dan BerimanBilangan mereka tidak ramai. Hanya beberapa juta sahaja di dalam dunia.Sejak zaman-berzaman, mereka sering dicemuh, diperangi dan dipulaukan kerana perangai dan tingkah laku mereka.Namun, itu tidak menjadikan mereka tercicir … Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)