Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah
Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab). Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Tha' (ث), Jim (ج), Kha' (خ), Zai (ز), Syin (ش), Zho' (ظ) dan Fa' (ف). Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.
Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam kitab Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut. Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.
Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu:-
1) Huruf Nuraniyyah (gemerlapan/kilauan)
2) Huruf Zulmaniyyah (kegelapan/kesuraman).
Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod (ص), Ra' (ر), Alif (ا), Tho' (ط), 'Ain (ع), Lam (ل), Ya' (ي), Ha'(هـ)(baca nipis), Qaf (ق), Nun (ن), Mim (م), Sin (س), Kaf (ك) dan Ha' (ح). Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah. Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah, 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah dan bahagian ketiga iaitu 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.
Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir). Maksud fiman Allah:
"Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah"
Surah Faatir : ayat 32
Sumber : http://ertihiduppadamemberi.blogspot.com/2010/02/tujuh-huruf-tiada-dalam-al-fatihah.html
Related Posts:
5 Fenomena Alam yang Menakjubkan Fenomena alam merupakan salah satu kejadian yang amat jarang sekali berlaku. Adakalanya juga ia hanya berlaku sekali sepanjang umur hidup kita. Terdapat beberapa fenomena alam di bawah ini untuk kita hayati.… Read More
Bahaya Membunuh (Kecoak) Lipas Bila anda melihat binatang kecoak (lipas) di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati bahkan sampai (maaf) isi perut kecoak (lipas) meleleh keluar.Karana di dalam perut kecoak (lipas) terdapat cacing halus/lembut yg tetap hi… Read More
Punca Sakit Perut by Pen Merah (http://penmerah.com/punca-sakit-perut/) Waachaaa.. Kali ni aku nak berkongsi punca sakit perut yang sering terjadi dikalangan korang dan juga bayi kecil. Sakit perut ni ada beberapa sebab yang mungkin kora… Read More
Angka 7 dan Penciptaan Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 … Read More
Gambar Kejadian aneh seluruh dunia Diantara kejadian pelik yang berlaku di seluruh dunia. Ia sebahagiannya menjadi tempat perlancongan yang sangat terkenal kerana keajaiban ini hanya boleh dilihat di satu tempat sahaja. sumber Apabila aliran lav atebal … Read More
Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK