Pages

Angka 7 dan Penciptaan





Jumlah hari dalam seminggu 7 hari
Malah Allah swt. memuliakan dengan ketujuh-tujuh hari itu dengan para Nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa as. dengan hari Sabtu, Nabi Isa bin Maryam a.s. dengan hari Ahad, Nabi Daud a.s. dan Nabi Syith a.s. dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman a.s. dengan hari Selasa, Nabi Salleh a.s. dengan hari Rabu, Nabi Yaakub a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. dengan hari Khamis dan Nabi Muhammad S.A.W. dan umatnya dengan hari Jumaat.

Rukun solat ke-7 ialah sujud. Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah ke bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki

Allah telah menciptakan 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi
Allah S.W.T. telah menghiasi padang yang lapang dengan TUJUH lapis bumi. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah At-Talaq ayat yang ke-12 bermaksud:

"Allah yang menciptakan TUJUH petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu."

Kemudian Allah S.W.T. menghiasi bumi itu dengan TUJUH lautan. Sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Luqman ayat yang ke-27 bermaksud:

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tintanya), dengan dibantu kepadanya TUJUH lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Kemudian Allah S.W.T. menghiasi bumi itu dengan TUJUH lautan. Sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Luqman ayat yang ke-27 bermaksud:
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tintanya), dengan dibantu kepadanya TUJUH lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah S.W.T. telah menghiasi Al-Quran dengan TUJUH surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan TUJUH ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Firman-Nya di dalam Surah Al-Hijr ayat yang ke-87 bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) TUJUH ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya"

Allah juga menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka
Allah S.W.T. telah menghiasi neraka dengan TUJUH tingkat iaitu Jahannam, Sa'ier, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan TUJUH pintu, sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Al-Hijr ayat yang ke-44 bermaksud:

"Ia mempunyai TUJUH pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)"

~ Surat Al Hijr Ayat 87,
“Dan Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh  ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.”

Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai 'safe prime', iaiut sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya. Heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.


Kalimah Syahadat dalam Laa Ilaaha ilaa Allaah, Muhammad rasul Allah terdiri dari 7 kata

Al-Fatihah yang merupakan pnghulu segala surah, juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.

7 huruf tiada dalam surah Al-Fatihah

7 takbir dalam rakaat pertama solat hari raya

ayat tentang kiamat disebut dalam Al-Quran sebanyak 77 kali

Raja mesir bermimpi dengan 7 perkara.

Kanak-kanak diperintahkan solat semasa berumur 7 tahun

Tawaf  mengelilingi Kaabah 7 kali. Saie juga 7 kali, Lontaran di jamrah juga 7 biji batu

Dalam Al-Quran 7 tempat sujud

Elekron hanya mencapai ke tahap ke 7 sahaja

Pelangi mempunyai 7 warna

Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekol heptana

Angka 7 juga adalah nilai 'neutral' antara sifat asid dan alkali.

Atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7

Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepada mempunyai 7 'cervical vertebrate'

Banyak lagi rahsia angka 7 ini. Ia mengandungi hikmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal.

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)