Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah
Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab). Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Tha' (ث), Jim (ج), Kha' (خ), Zai (ز), Syin (ش), Zho' (ظ) dan Fa' (ف). Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.
Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam kitab Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut. Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.
Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu:-
1) Huruf Nuraniyyah (gemerlapan/kilauan)
2) Huruf Zulmaniyyah (kegelapan/kesuraman).
Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod (ص), Ra' (ر), Alif (ا), Tho' (ط), 'Ain (ع), Lam (ل), Ya' (ي), Ha'(هـ)(baca nipis), Qaf (ق), Nun (ن), Mim (م), Sin (س), Kaf (ك) dan Ha' (ح). Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah. Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah, 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah dan bahagian ketiga iaitu 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.
Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir). Maksud fiman Allah:
"Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah"
Surah Faatir : ayat 32
Sumber : http://ertihiduppadamemberi.blogspot.com/2010/02/tujuh-huruf-tiada-dalam-al-fatihah.html
Related Posts:
Fakta Menarik Tentang IslamBerikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”2. Albania me… Read More
Buat Para Isteri Dan Bakal Isteri - 25 Perkara Yang Tidak Disukai Suami 1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla " 2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat … Read More
Bukti Kebesaran Al-Quran Hidupan Berasal Daripada Air ? Dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, "Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya.… Read More
Peluk Islam Setelah Temui Sungai Tawar Di Lautan Masin Spt Tertulis Dalam Al-QuranSungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'anJika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Pe… Read More
Sejarah Palestin & IsraelBumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di… Read More
Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah ~ Ohhh Baru Tahu >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK