Pages

Makna Disebalik Warna Air Kencing



Sebagai manusia, pastinya kita akan kencing dalam kehidupan seharian. Tapi adakah kita mengambil berat terhadap warna air kencing kita? Mungkin sesetengah individu ya, dan mungkin tidak.

Warna air kencing seringkali digunakan sebagai alat untuk diagnos pesakit. Manusia yang normal, pasti akan membuang air kencing tidak kiralah peringkat usia yang berbeza.

Ketumpat air kencing boleh memberi pelbagai tanda. Jom kita lihat apa maksud warna air kencing dan tandanya kepada tahap kesihatan seseorang.

-Tidak berwarna atau lutsinar -Anda meminum terlalu banyak air

-Warna Pucat Jerami -Anda sihat, kandungan air dalam badan mencukupi

-Kuning Lutsinar -Anda Normal

-Kuning Gelap -Normal, tetapi anda perlu minum lebih lagi selepas ini

-Kuning madu -Anda kekurangan air, minum air sekarang

-Berwarna Perang -Anda mungkin mengalami masalah hati (liver)

-Merah jambu kemerahan -Anda mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. SILA BERJUMPA DOKTOR DENGAN KADAR SEGERA !!

-Biru atau hijau -Ini sangat jarang. Ini tidak berbahaya tetapi anda perlu berjumpa doktor sekiranya ia berterusan

-Berbuih atau Kabut -Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet dan masalah Kidney

SO , lepas ni setiap kali buang air kecil, lihatla warna air tu dan awasi jika ada tanda-tanda yang perlu berjumpa dengan doktor.

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)