Pages

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir

  • Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir
  • Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir
ALEXANDRIA - MESIR. Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda.

Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!

Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.

“Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.

Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.

“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

“Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

 Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.

Sumber

Related Posts:

  • Ulasan kepada isu 3 hari bergelap dan kaitan dengan solar storm Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia begitu kalut dengan berita terbaru dari NASA yang mengatakan Bumi akan mengalami 3 hari bergelap akibat daripada letusan di matahari. Begitu banyak keratan atau screenshot&nbs… Read More
  • 7 Benda Lelaki Tak Faham Pasal Perempuan Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Tallypress.com Ada banyak perkara yang perempuan tak akan faham mengenai lelaki dan begitu juga sebaliknya. Lelaki juga ada perkara yang mereka tidak faham mengenai perempuan. Tapi bukanlah sa… Read More
  • Apakah itu kasturi? Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia.Kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman.Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui… Read More
  • Rumah Pokok Suku Korowai Setinggi 35 Meter Di Papua!Di tengah hutan belantara timur laut Indonesia daerah Papua, terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Korowai. Suku ini sangat terpisah dari dunia luar dan bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan untuk terus hidup. Suku… Read More
  • 40 Tahun Sembunyi Dalam HutanHanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat. Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dar… Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)