Pages

Air mineral halal ada logo berhala Hindu


 Big thumb 45f0

 Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan (tengah) berkata keadaan ini meragukan pengguna Islam dan hal ini merupakan suatu yang serius.
KUALA LUMPUR, 4 November:
Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan penggunaan logo ‘Halal’ yang terdapat pada botol air mineral yang turut menggunakan gambar berhala masyarakat India beragama Hindu dalam kempen ‘Visit Malaysia 2014′.
Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan berkata keadaan ini meragukan pengguna Islam dan hal ini merupakan suatu yang serius.
“Hal ini ada kena mengena dengan akidah umat Islam dan kami meminta supaya pasar raya yang menjual produk ini menggantungkan penjualannya secara serta merta,” katanya kepada pemberita.
Jelasnya, penggunaan logo berhala ini dikuatiri adanya unsur-unsur pemujaan melalui air.
“Kami pohon Jabatan Agama Islam (JAKIM) menyiasat secara serius dan ambil tindakan kerana ia melanggar Akta Perihal Dagangan yang melarang menggunakan logo-logo berbentuk keagamaan,” katanya.


Dalam pada itu, beliau mempersoalkan bagaimana cop ‘Halal’ yang dikeluarkan oleh JAKIM turut berada pada pembalut plastik yang turut tertera logo berhala.
“Kalau mereka menjualnya tanpa menggunakan logo ‘Halal’, ia tidak memberi sebarang masalah tetapi apabila ia turut menggunakan logo ‘Halal’ sudah tentu boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat Islam,” katanya.
Pengedar tunggal Yee Lee Trading Co. Sdn. Bhd turut menjual produk air mineral Spritzer.
Pengedar tunggal Yee Lee Trading Co. Sdn. Bhd turut menjual produk air mineral Spritzer.
Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata, produk yang tertera logo berhala itu dikilangkan oleh Chuan Sin Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh pengedar tunggal Yee Lee Trading Co. Sdn. Bhd yang turut menjual produk air mineral Spritzer.
“Syarikat ini merupakan pembekal air utama kepada stesen minyak Petronas dan kedai-kedai makan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang kebanyakannya dihadiri pengguna Islam.
“Sebagai sebuah syarikat pengeluar air mereka perlulah sensitif dengan hal ini dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” katanya.
Tambah pegawai kerjanya Mohd. Mustaffa Hamzah pula, PPIM berharap agar kerajaan memandang serius hal ini dan di masa akan datang tidak lagi menggunakan perkhidmatan syarikat yang dimonopoli oleh mereka yang tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini.
“Insya-Allah esok kami akan membuat laporan polis,” katanya.

Related Posts:

  • Kenapa Allah Ciptakan Kaum Hawa Daripada Tulang Rusuk Yang BengkokDuhai Adam, Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa? Ini kerana Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu, Supaya  aku me… Read More
  • AWAS ,Berhati-Hati Pada Usia 40 Tahun !!! Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,.. حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْ… Read More
  • Perlu Akui Hakikat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal … Read More
  • Cara Mengubah Takdir, Lari Dari Takdir & Allah SWT memberikan kita pilihan Cara Mengubah Takdir Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya. Padahal, takdir itu boleh diubah. Memang, tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang lak… Read More
  • Cara Tukar Rumi ke Jawi Secara Online Entri kali ni ringkas (err.. isyaAllah). Cara bagaimana nak tukarkan perkataan rumi kepada jawi, walaupun korang tak mahir bahasa jawi walaupun korang berbangsa melayu. Hehe. Ini bukan tutorial tapi hanya sekadar b… Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)