Pages

43 Fakta Unik Tentang Kucing

Daku Amat Menyintai Mu

KUCING! - Bila sebut sahaja haiwan bernama Kucing! sudah terbayang di fikiran kita akan kecomelan dan sifat manja haiwan kesayangan sahabat Nabi s.a.w bernama Abu Hurairah r.a ini kan?. Memang ada orang yang tidak suka pada kucing kerana alahan dengan bulunya atau rimas suka berak merata-rata tapi kebanyakkan orang memang suka dengan haiwan yang cukup istimewa ini. Daku tengok di kalangan rakan² blogger pun ramai yang jadi 'pencinta' kucing (klik).

MUNGKIN kebanyakkan dari kita yang rasa serba tahu tentang kucing tetapi adakah benar kita tahu semua hal-hal berkaitan dengan kucing? Cuba semak 43 fakta unik tentang kucing di bawah ini, mungkin ada di antara fakta yang dinyatakan belum anda ketahui lagi.

43 Fakta Unik Tentang Kucing Yang Menarik Diketahui

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia.

2. Kucing memiliki 230 tulang, iaitu 24 kali lebih banyak dari manusia.

3. Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga membolehkannya masuk menerusi celah atau lubang selebar kepalanya.

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan.

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia atau anjing. Had pendengaran kucing sejauh 65 khz, sedangkan manusia hanya 20 khz.

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh). 

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan total, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebuttapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina mata. 

8. Cakupan pandangan kucing 185 darjah.

9. Kucing memiliki deria bau 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia 5-20 juta. 

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika anda ingin melakukan pemeriksaan denyut nadi kucing, lakukan di paha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh).

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit.

12. Suhu tubuh kucing normal 102 °F atau 38.8 °C.

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 mile per jam.

14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif. 

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya. 

16. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan pernah ada dua kucing yang memiliki sidik hidung yang sama (sama seperti cap jari manusia atau belang pada kuda belang).

17. Kucing merespon panggilan wanita lebih baik daripada lelaki. Hal ini mungkin kerana suara wanita memiliki puncak yang lebih tinggi.

18. Orang yang alergi/alah terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing.

19. Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengelus-elus (membelai-belai bulu) kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah manusia. 

20. Purata umur kucing 15-16 tahun. 

21. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun bererti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun, iaitu setara dengan umur 32 tahun pada manusia

22. Kucing memiliki daya menghidu yang sangat baik. Ini adalah alasan mengapa kucing tidak akan menggunakan bakul sampah kotor sebagai tempat untuk tidur. Kucing juga memiliki pendengaran yang bagus. 

23. Kucing benci bau minyak wangi. Mereka juga membenci aroma limau atau lemon.

24. Kucing menganggap daerah yang memiliki bau amonia sebagai daerah eliminasi(klik). Jadi, tidak dianjurkan untuk menggunakan amonia untuk membersihkan bau urin kucing. 

25. Seekor kucing mengetahui perubahan dalam suasana hati tuannya. Oleh itu, kadang-kadang hal ini akan mempengaruhi kucing anda.

26. Di negara United Kingdom, suara kucing ditulis 'Miaow'. Dalam bahasa Inggeris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan 'Meow'. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata 'Meong'. Manakala dalam bahasa Jepun sering ditulis dengan kata 'Nya'.

27. Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati bulu mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat tetapi dapat menyebabkan alergi pada sesetengah manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam 'hairball' atau gulungan bulu yang terkumpul di dalam perutnya. 

28. Kucing dapat menyimpan energi dengan cara tidur lebih sering berbanding haiwan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12–16 jam per hari, dengan angka purata 13–14 jam. Tetapi tidak jarang juag dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari. 

29. Pintu khusus kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah terutama di barat, dimulakan pertama kali oleh Sir Isaac Newton (penemu hukum gravitasi). 

30. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangan, terutama ketika sedang melompat atau berlari. 

31. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan bulu yang tertelan dan berkumpul di perutnya semasa membersihkan bulu. 

32. Kucing yang sihat mempunyai suhu tubuh 38°C – 39.5°C.

33. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.

34. Purata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.

35. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahawa kucing dalam keadaan nyaman/selesa. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada ketika dalam keadaan stres atau kesakitan.

36. Semua kucing memerlukan taurine (sejenis asid amino yang biasa ditemukan dalam sumber makanan seperti daging dan ikan) dalam makanan untuk mencegah kebutaan. Kucing juga harus mengambil sejumlah lemak dalam makanan kerana tidak dapat memproduksi lemak sendiri.

37. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sebenarnya sedang 'menandai' anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.

38. Purata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup di dalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.

39. Purata waktu tidur kucing sekitar 16 jam.

40. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebutpolidaktil.

41. Kucing dewasa mempunyai 30 batang gigi, 16 batang di rahang atas dan 14 batang di rahang bawah.

42. Ada sekitar 9600 helai bulu tiap cm2 kulit bahagian atas dan sekitar 19200 helai bulu tiap cm2 kulit bahagian bawah.

43. Lidah kucing tidak dapat merasa kerana kurangnya sensor saraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor saraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Ini bermakna nafsu makan kucing dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)