Pages

Bandar Raya Islam


Oleh Hilmi Ali (mohdhilmi@abnxcess.com)
GOMBAK – Pembinaan Bandar Raya Islam di dalam kawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dijangka mampu menjadi penanda aras kepada kejayaan kejuruteraan Islam di negara ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan rekabentuk yang unik dan pelbagai fungsi, Bandar Islamik adalah manifestasi kepada kejayaan UIAM yang berusia 30 tahun.
“Bandar ini adalah pelaksanaan kepada penemuan kontemporari kepada seni bina moden melalui prisma tamadun Islam,  seperti  bandar Madinah Al Munawarah selaku kota Islam pertama selain bandar Damancus, Baghdad dan Cordoba,” kata Najib.
bandar 1
Beliau berkata demikian sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara UIAM dan Gunung Land Sdn. Bhd. bagi projek Pembangunan Islamic City, Gombak.
Najib turut merasmikan Kongres Antarabangsa Tentang Integrasi dan Islamisasi Ilmu Kemanusiaan Kali Pertama di Dewan Utama Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM.

bandar 2
Tambah Najib, sekarang adalah masanya untuk negara Islam merampas semula perubahan pembangunan luar bandar yang dilakukan negara barat.
“Kita perlu kembali menerajui pembangunan bandar yang lebih hebat dengan berinspiraikan Islam dan bebeas daripada masalah pencemaran budaya. Saya mengharapkan universiti tempatan lain juga turut mampu membangunkan kejuruteraan yang menonjol seperti ini,” katanya.
bandar 3
Bandar Islamik berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 17.6 hektar.
Ia dilengkapi pembinaan Pusat Islam, pusat perubatan, pangsapuri, pusat konvensyen, hotel, pusat membeli belah dan restoran.
Pembinaannya akan dilaksanakan dengan kerjasama UIAM dan anak syarikat Gunung Capital Bhd Group iaitu  Gunung Land Sdn Bhd.
Projek pembinaan itu dijangka siap sepenuhnya antara lima hingga tujuh tahun dengan kos bernilai RM800 juta.


bandar 4

sumber

Related Posts:

  • Laut Mati serta Kisah DisebaliknyaBerikut ini merupakan cerita yang paling terkenal di dunia, yaitu tentang hancurnya kaum homoseksual, serta tentang Fakta dan Sejarah Laut Mati. Semoga nantinya bisa menambah wawasan diantara kita. Dalam berbagai penelitian … Read More
  • Nama Lain BABI Yang Perlu Anda TahuIlmu hak umat islam seluruh dunia…. tolong “SHARE”Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..Mungkin banyak umat Islam tidak tahu b… Read More
  • Perbezaan Aqidah Ahli Sunnah Dan Syiah BIL AHLI SUNNAH SYIAH 1 Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng. … Read More
  • Bukti Kebesaran Al-Quran Hidupan Berasal Daripada Air ? Dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, "Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya.… Read More
  • Peluk Islam Setelah Temui Sungai Tawar Di Lautan Masin Spt Tertulis Dalam Al-QuranSungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'anJika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Pe… Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)