Sembahyang adalah syirik?
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.”
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
Sumber : http://latahzan00.blogspot.com/
Related Posts:
5 Rahsia Yahudi Yang Anda Boleh Guna Untuk Didik Anak Jadi Bijak Dan BerimanBilangan mereka tidak ramai. Hanya beberapa juta sahaja di dalam dunia.Sejak zaman-berzaman, mereka sering dicemuh, diperangi dan dipulaukan kerana perangai dan tingkah laku mereka.Namun, itu tidak menjadikan mereka tercicir … Read More
Perbezaan Aqidah Ahli Sunnah Dan Syiah BIL AHLI SUNNAH SYIAH 1 Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng. … Read More
Nama Lain BABI Yang Perlu Anda TahuIlmu hak umat islam seluruh dunia…. tolong “SHARE”Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..Mungkin banyak umat Islam tidak tahu b… Read More
Laut Mati serta Kisah DisebaliknyaBerikut ini merupakan cerita yang paling terkenal di dunia, yaitu tentang hancurnya kaum homoseksual, serta tentang Fakta dan Sejarah Laut Mati. Semoga nantinya bisa menambah wawasan diantara kita. Dalam berbagai penelitian … Read More
Tidur Meniarap Adalah Dilarang Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan … Read More
0 comments:
Post a Comment