
Ada banyak perkara yang perempuan tak akan faham mengenai lelaki dan begitu juga sebaliknya. Lelaki juga ada perkara yang mereka tidak faham mengenai perempuan. Tapi bukanlah salah perempuan kerana secara fitrahnya mereka memang begitu.
#1. Kenapa perempuan suka cakap dah tak ada baju nak pakai?
Imej dari Google.com
Sedangkan mereka akan duduk depan almari yang penuh dengan pakai dan masih cakap, “I tak ada baju lah nak pakai”
#2. Tertarik Dengan Banyak Kasut dan Beg Tangan
Imej dari Google
Lelaki tak faham kenapa perempuan perlukan beg dan kasut yang banyak. Sedangkan lelaki hanya perlukan paling banyak dua pasang kasut. Satu kasut kerja dan satu kasut kasual.
#3. Tenaga yang banyak untuk shopping
Imej dari Google
Bukan sekali tawaf satu mall, tapi berkali-kali. Pelik lelaki bagaimana kaki perempuan boleh tahan kuat untuk jalan dan shopping
#4 Multitasking
Imej dari oprah.com
Kenapa lelaki tak boleh multitasking macam mana perempuan boleh buat ? itu salah satu benda bukan sahaja lelaki tak faham tapi lelaki respect perempuan.
#5. Kenapa perempuan suka tanya sesuatu yang mereka sudah ada jawapan?

Imej dari sheinsipers.com.au
Perempuan suka tanya soalan yang mereka sendiri ada jawapannya. Tak tahu kenapa mesti nak tanya juga
#6. Apa maksud gemuk dan lemak bagi perempuan?
Imej dari Google
Perempuan suka cakap diri mereka gemuk sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang mereka tak gemuk. Jadi apa maksud gemuk bagi mereka sebenarnya?
#7. Kenapa perempuan suka pergi ke tandas beramai-ramai?
Imej dari Google
Bila lelaki ingin ke tandas, mereka tak tanya siapa nak ke tandas bersama mereka. Tapi, lain bagi perempuan mereka suka ke tandas beramai-ramai dan habiskan masa yang lama di dalam tandas
0 comments:
Post a Comment