Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.
Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi
berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang,
gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh
mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.
Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama
yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut
untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di
sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.
Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:
1. Hilangkan plak
Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur
dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi.
Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali
sehari selepas membasuh gigi.
2. Minyak gamat
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu.
Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang
sakit.
3. Gigit bunga cengkih
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau
ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan
kapas. Insya-Allah beransur hilang.
4. Kumur dengan air garam
Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau
sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika
mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum
air garam tadi pula.
5. Kapur sirih
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit
itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu
akan cepat hilang.
6. Kumur air rebusan sirih
Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak
4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan
daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.
7. Lidah buaya
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit.
Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.
8. Habbatus Sauda
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus
sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.
9. Daun serai
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke
dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan
sebagai bahan kumur.
10. Tomato muda
Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan
tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu
akan keluar dengan sendirinya.
Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh.
Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.
11. Gambir
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam.
Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.
Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya
akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.
12. Kumur garam, air dan limau nipis
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga
mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh.
Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.
13. Asam jawa
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit
garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus.
Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
14. Bawang putih
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit.
Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa
kesannya.
Akhir kata
Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya
pasti rasa tidak senang duduk.
Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah
menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh
berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi
berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.
Sumber
0 comments:
Post a Comment