Pages

40 Tahun Sembunyi Dalam Hutan

Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Mereka ditemui penduduk tempatan yang mencari kayu api jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan lelaki itu ialah Ho Van Thanh, 82 dan anaknya, Ho Van Lang, 41.

Lelaki tua itu menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di Tra Kem ketika Perang Vietnam.

Bagaimanapun, selepas letupan bom meragut nyawa isteri dan dua anak lelakinya yang lain, dia melarikan diri dengan membawa anaknya berusia dua tahun ke dalam hutan dan sejak itu tidak pernah berhubung dengan manusia lain.

Mereka hidup dengan memakan buah hutan serta menanam jagung dan membuat pakaian daripada kulit kayu serta tinggal di pondok yang dibina lima meter di atas pokok. - Agensi
















 

Related Posts:

  • Bintang Terbesar yang Pernah Ditemukan Manusia Vy Canis Majoris adalah bintang terbesar di jagat raya yang pernah ditemukan oleh manusia. Vy Canis Majoris berada di gugusan bintang Canis Major. Vy Canis Majoris terletak sekitar 4900 tahun cahaya dari bumi. Vy … Read More
  • Fakta Pelik Yang Belum Anda KetahuiCuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..Bunyi (kuek) yang dihasilkan ol… Read More
  • 29 haiwan yang paling pelik dan unik di duniaStar-nosed mole’s snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lembab dan memakan invertebrata kec… Read More
  • Gambar : Benda Pertama Di DuniaPenampakan Sinar-X Pertama (1895): Röntgen's wife handPada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x … Read More
  • Berapa besarkah Alam Semesta kita ini? 1. Berapa besarkah Alam Semesta kita ini? Assalammualaikum, Saya ada artikel yang menarik untuk dikongsi.Ianya berkaitan sistem solar kita da alam semesta ini.Tidak dinafikan, tiada siapa yang tahu berapakah besar alam seme… Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)