Pages

Perlu Akui Hakikat


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com, baru-baru ini.

“Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih.

“Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun.

“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai seks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya.

Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan seks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan.

Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman seks itu.

Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.

Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Sumber

Related Posts:

  • Bersedekah Menyebabkan Kita Kaya Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya. Sedekah Menjadi Sebab… Read More
  • Alasan dan Jawapan Kepada Mereka Yang Tak Tutup Aurat Dengan Sempurna Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat dengan sempurna. Apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, ko… Read More
  • Jangan Upload Gambar Bayi Bawah Usia 40 Hari Ke Dalam FacebookKenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi ? Al Ain Bukan Perkara Main-main. SalaamULLAHu Alaykum… Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 ke… Read More
  • Air mineral halal ada logo berhala Hindu    Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan (tengah) berkata keadaan ini meragukan pengguna Islam dan hal ini merupakan suatu yang serius. KUALA LUMPUR, 4 November: Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pengguna Isl… Read More
  • 5 Artis Korea Beragama IslamArtis Korea yang beragama Islam memang sangat sedikit jumlahnya, hal ini dikarenakan penduduk korea yang beragama islam masih sangat sedikit. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Korea selatan yang mencapai jumlah 48… Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)