Pages

Jika Gadget Terkena Air




Anda pernah terlepas telefon bimbit anda jatuh ke dalam lopak air atau air yang bertakung?

Atau tertumpah air kopi di atas laptop anda?

Saya ingin berkongsi dengan anda satu tips yang saya belajar ketika Seminar Dell Server di Hotel One World pada minggu lepas. Di dalam seminar tersebut, pihak Dell ada menceritakan berkenaan betapa lasak Server milik mereka, mereka buktikannya dengan kes taufan Sandy yang melanda Amerika Syarikat pada tahun lepas. Satu syarikat telah memasang Server Dell dan Server tersebut dikatakan ‘rosak’ disebabkan kotoran yang dibawa Taufan Sandy. Apa yang pekerja syarikat itu buat? Dia cabut semua Server Dell (Berbentuk CPU yang disusun banyak-banyak), dia basuh dan dengan sedikit ‘kuasa ajaib’, Server itu kembali normal. Apakah kuasa ajaib tersebut?

Selepas Server Dell dibasuh, pekerja syarikat tersebut telah menabur beras ke dalam Server Dell tersebut. Beras mempunyai daya resapan air yang tinggi,jadi air yang ada pada komponen Server Dell berjaya dibuang dan dikeringkan.

Itu contoh Server Dell.


Pekerja sedang mencuci Server Dell.




Server Dell ditabur beras.

(Sumber gambar : Dell Community)



Persoalan seterusnya, adakah air tidak merosakkan komponen elektrik di dalam sesuatu gadget?

Gadget elektrik kita sebenarnya disalut(plate) dengan logam-logam yang tahan karat. Di era harga emas tidak begitu tinggi, hampir semua komponen barang elektrik menggunakan wayar emas dan penyalut emas, sebab itu barang lama tahan lasak. Tetapi selepas harga emas meningkat, syarikat elektronik telah menggunakan teknologi salutan berlapis,dengan itu,ketebalan emas berkurang.


Lapisan-Lapisan Wayar Komponen Elektrik

Kenapa Emas? Emas mempunya sifat tahan karat dan kalis air. Jadi,jika komponen elektrik yang anda pakai memang disalut emas, jangan risau tentang air,jika terus dikeringkan,tidak akan jadi masalah selagi bahagian lain tidak berkarat.

Adakah ‘kuasa ajaib’ ini berkesan kepada semua Gadget?

Perlu untuk anda faham,kuasa ajaib ini bukanlah ubat atau kuasa memulihkan barang yang rosak. Ya,beras bukanlah ubat cepat sembuh tetapi sebagai ejen penyerap air. Andaikata sebelum beras menyerap air dalam gadget anda sudah ada bahagian yang berkarat, kesannya tetap sama,gadget anda akan rosak.

Dan selepas ‘kuasa ajaib’ ini digunakan, jangan sesekali bilas ‘kuasa ajaib’ itu dan masak nasi ayam. Hal ini disebabkan ‘kuasa ajaib’ itu telah dikotori(contaminated) oleh bahan-bahan kimia dan radioaktif,melainkan anda ingin jadi The Hulk.

Langkah yang paling penting?

Pertama,jika gadget anda dimasuki air dan tidak boleh digunakan,cuba letak dalam beras. Jika masih tidak boleh digunakan, cuba bawa ke Gadget Center,contohnya Apple Center, untuk dibaiki andai ianya masih diterima di bawah jaminan(warranty),tetapi kebiasaannya ditolak kerana masuk air dikira rosak fizikal (physical damage).

sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)