Pages

Muhrim ke Mahram?



Beza antara 'Muhrim' dan 'Mahram'





Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.







Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.




Siapakah Mahram kita?






Daftar Mahram Bagi Wanita




Allah telah menyebutkan siapa saja yang menjadi mahram bagi seorang wanita. Allah berfirman :




وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ




Artinya : "Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka." (QS An-Nur : 31)




Para mahram yang disebutkan dalam ayat diatas dan selainnya adalah :




1. Suami.

2. Anak laki-lakinya atau seterusnya.

3. Anak laki-laki suaminya (yang bukan dari rahimnya) atau seterusnya.

4. Saudara laki-laki seibu sebapak, atau sebapak saja, atau seibu saja.

5. Anak laki-laki dari saudara laki-lakinya atau seterusnya.

6. Anak laki-laki dari saudara perempuannya atau seterusnya.

7. Ayahnya atau seterusnya.

8. Saudara laki-laki sepersusuan. kerena saudara sepersusuan memiliki hukum seperti saudara kandung.

9. Suami ibunya dan seterusnya.

10. Suami anaknya dan seterusnya.

11. Ayah suaminya (ayah mertua).




Semua yang disebut mahram adalah laki-laki. adapun saudara perempuan tidak disebut mahram. karena mahram artinya laki-laki yang diharamkan untuk menikahinya karena sebab nasab, persusuan atau mushoharoh.




sumber : http://suriyatiazlan.blogspot.com/2011/10/beza-antara-muhrim-dan-mahram.html

Related Posts:

  • Peluk Islam Setelah Temui Sungai Tawar Di Lautan Masin Spt Tertulis Dalam Al-QuranSungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'anJika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Pe… Read More
  • Kenali Masjid Al-Aqsa Yang Sebenar1. Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى), adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama diBaitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga(Tapak Ibadah … Read More
  • Buat Para Isteri Dan Bakal Isteri - 25 Perkara Yang Tidak Disukai Suami 1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla " 2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat … Read More
  • Sejarah Palestin & IsraelBumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di… Read More
  • Fakta Menarik Tentang IslamBerikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”2. Albania me… Read More

0 comments:

Post a Comment

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)