Pages

Tiada lagi operasi khalwat waktu malam - Dr Mujahid


KUALA LUMPUR: Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.
"Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.
"Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan," ujarnya.
Dr Mujahid yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam mengakui bahawa dia memikul tugas yang berat dalam mengubah imej kementeriannya.
Malah, beliau berkata, dia berhadapan pelbagai isu panas seperti LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya sejurus menerima jawatan itu.
Dalam temu bual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid berkata, beliau cuba untuk mengubah cara berfikir yang disifatkannya sebagai "konservatif agama" dalam kalangan penjawat awam yang mahu menegakkan kesucian agama Islam dengan pemahaman mereka sendiri.
Tambahnya, Islam yang dikehendaki beliau adalah berkonsepkan "belas kasihan untuk semua" (rahmatan lil alamin).
"Kisah kerajaan Islam akan diterjemahkan ke dalam dasar kita, semua aktiviti kehakiman Islam, semua hubungan kita dengan agama lain.
"Islam yang mengasihi tidak membahayakan kepentingan rakyat atau kepentingan perpaduan dan keharmonian negara," katanya.
Malah, dia turut mengutuk tindakan memecahkan pintu bagi menangkap pesalah khalwat dan berharap ia tidak diulang lagi dalam pembaharuan yang mahu dilaksanakannya.
"Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya menggangu ruang lingkup peribadi seseorang individu," ujar beliau lagi.


Sumber

Saksikan gerhana penuh 'supermoon' 31 Januari ini




Gerhana penuh 'supermoon' dapat disaksikan di Malaysia pada 31 Januari ini.- foto AngkasaKUALA LUMPUR: : Penduduk di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara bakal menyaksikan fenomena gerhana penuh 'supermoon' pada 31 Januari ini.

Fenomena gerhana penuh 'supermoon' ini yang juga akan kelihatan di Malaysia akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula jam 6.51 petang hingga 12:08 pagi 1 Februari.

Agensi Angkasa Negara dalam kenyataannya memberitahu, fasa gerhana akan berlaku ketika bulan terbit di ufuk Timur kecuali Sabah dan Sarawak di mana gerhana bermula selepas bulan terbit.

Fasa gerhana penuh maksimum akan berlaku pada jam 9.29 malam dan keseluruhan fenomena ini akan berakhir pada jam 12.08 pagi 1 Februari.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi, dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra Bumi.



Ketika hampir berlakunya gerhana pada 31 Januari ini, bulan baru sahaja melepasi kedudukan perigee iaitu pada 30 Januari dengan jarak 358,993 kilometer dari Bumi dan sekali gus menjadikan gerhana kali ini sebagai 'gerhana supermoon' .

Takrifan ‘supermoon’ adalah apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000 kilometer dari bumi.

Sehubungan itu, Observatori Negara Langkawi, akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini secara lebih dekat.

Angkasa akan menyediakan beberapa buah teleskop mudah alih untuk digunakan pengunjung dan penyertaan adalah percuma.

Lokasi-lokasi lain yang boleh dikujungi oleh orang ramai untuk aktiviti pencerapan di bawah:

a) Planetarium Negara, Kuala Lumpur

b) Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

c) Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor

d) Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka

e) Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza)

f) Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory)

g) Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan

Fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku sekali lagi pada 28 Julai dan akan turut kelihatan di Malaysia.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Melalui Maybank2U




Pada asasnya, zakat fitrah dibayar dengan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.

Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry yang bermaksud:


Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah SAW sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hambansatu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair atau satu gantang tamar atau atau gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadah haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar.

Dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata, “Aku berpendapat bahawa satu cupak gandum Syam menyamai satu gantang tamar.”


Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata, “Aku tetap mengeluarkannya sebagaimana yang mula-mula.” (Riwayat Muslim)

Pada tahun 2003, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang mazhab rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahawa membayar zakat fitrah dengan nilaian wang adalah dibolehkan.


HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE

Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.

Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.

Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.

Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:

“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).

Pelbagai bank di Malaysia telah menawarkan perkhidmatan online banking untuk memudahkan urusan harian.


CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MELALUI MAYBANK2U &
CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MELALUI MAYBANK2U

Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u

1. Login

2. Pilih ‘Bill Payment’

3. Klik ‘Make a one-off payment’

4. Pada bahagian ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’

5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.

6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.

(Rujuk kadar zakat negeri)
Berikut adalah senarai pusat zakat yang boleh dibayar melalui Maybank2u.



Senarai Agensi / Pusat Zakat Negeri yang boleh dibayar melalui Maybank2u

Ziarah Kubur dan Bersedih Pada Hari Raya?

*Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Gambar hiasan



SOALAN:-
Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada memaklumkan nasihat daripada Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?
Ina, Johor

Jawapan Dr Maza:
Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari reda Allah dan Rasulnya, sebab itu saudari ingin memastikan hari raya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hari raya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaannya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala Melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(maksudnya) “..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur". (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Dalam Sahih al-Bukhari ada بَابُ شُهُودِ الحَائِضِ العِيدَيْنِ وَدَعْوَةَ المُسْلِمِينَ، وَيَعْتَزِلْنَ المُصَلَّى (Bab Wanita Haid Menghadiri Dua Hariraya dan Seruan Kaum Muslimin Serta Menjauhi Tempat Solat) Kata Ummu Atiyyah r.aha:
أُمِرْنَا أَنْ نُخْرِجَ الحُيَّضَ يَوْمَ العِيدَيْنِ، وَذَوَاتِ الخُدُورِ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ، وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلُ الحُيَّضُ عَنْ مُصَلَّاهُنَّ
"Kami (kaum wanita) diperintahkan (oleh Rasulullah s.a.w) agar membawa keluar wanita haid pada hari raya fitri dan adha; termasuk juga para gadis agar menyertai perhimpunan dan seruan kaum muslimin. Adapun mereka yang haid menjauhi tempat solat (tidak solat)" (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke perhimpunan solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum Muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى المُصَلَّى، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari: “Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”. Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahirkan suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orang ramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut: “Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orang ramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha: bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda:
يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
“(Biarkan mereka) wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ، يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالحِرَابِ، فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِمَّا قَالَ: «تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ؟» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ، خَدِّي عَلَى خَدِّهِ، وَهُوَ يَقُولُ: «دُونَكُمْ يَا بَنِي أَرْفِدَةَ» حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ، قَالَ: «حَسْبُكِ؟» قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «فَاذْهَبِي»
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipi ku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawab ku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.

*Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis

Teh O Pekat untuk Hilangkan Sakit Perut & Cirit Birit


Rasanya dah lama tak kasi tips kesihatan dalam blog ni. Almaklumla setiap hari alhamdulillah sihat je. Kalau xsihat barula menggagau cari tips kat google.

Hari ni aku nak kasi 1 tips sempena bulan Syawal yang terlampau banyak makanan n open house. Kalau weekend tu dapat invitation more than 3 open house mestila korang tibai makan macam2 food yang tuan rumah sediakan. Betul x? Masa tu korang mesti dah xpikir sakit perut ke pe. Kolesterol tinggi, lemak banyak, gula n garam tinggi pun korang xkesah. Mata nampak food je.

So, lepas makan kalau korang terasa perut memulas2 n dah banyak round visit toilet sebab cirit birit, apa kata korang try tips ni:

Buat 1 cawan air teh o panas yang sangat pekat. Jangan tambah gula/ susu. Lepas tu minum. InsyaAllah lepas korang minum teh o pekat tu perut korang akan beransur2 sembuh.


Sumber

....

Photographer Kongsi Kisah Pengantin Kahwin Tak Sampai Setengah Jam Sebelum Cerai



(Gambar sekadar hiasan)


Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k.




Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.




Mas Kahwin RM 22,222.22




Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nakshare skit citer yang pernah terjadi depan aku dulu.




Mas hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak RM22,222.22. Memang mahal gila...tapi si lelaki ni setuju. Aku tengok pon lelaki ni bukan calang-calang orang juga.




Akad Nikah Selesai Sekali Lafaz




So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak sabar meng*w*n. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad.




Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu




Hantaran pon bertukar tangan begitu juga ngan mas kawen. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tetibe sedara dari pihak pompuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"




Terus bangun pengantin pompuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu...siap pihak pompuan perli-perli "dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape"




"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni..."




Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia amik mic pastu dia ckp.




"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah macam ni. Saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tgk korang macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu" sambil buka bag yg berkepok-kepok duit 50 ngan 100.


Cerai Terus




"Takpe la...alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dgn talak 3.




Assalamualaikum"




Drop mic




Salam-salam terus gerak.




Tu la...Dah ada orang nak tu kire nasib baik la bai. Pompuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bustop pon boleh petik. Ko bukak wechat. Brape ramai yg serah diri free? Ko ingat laki-laki dalam drama kol 7 tu wujud ke?

- Diolah semula untuk paparan di Siakapkeli.my 
Sumber : Facebook Boii Amani Hashim


Sumber

Zakat Fitrah



Pendahuluan 
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Kefardhuan Zakat Fitrah
Takrif Zakat Fitrah
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.
Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.
Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.
Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.
Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.
Hukum Zakat Fitrah
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.
2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah
1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.
Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor
1. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Johor mengikut sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1);
“Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayarnya”.
2. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap kariah dan kawasan bagi diberi kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (2);
“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh memungut, mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau dengan kebenaran Majlis”.
3. Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada amil-amil yang diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-masing. Bagi mereka yang membuat bayaran zakat kepada mereka yang tidak diberi kuasa dan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3);
“Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi memungut, mengambil atau menerimanya”.
4. Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 :
Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:
a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; atau
b) enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sumber

Solat Terawih 8 Rakaat


Sadiq Khan sah Datuk Bandar Muslim pertama London

LONDON: London menjadi ibu negara barat pertama yang memilih Datuk Bandar Islam selepas Parti Buruh mengisytiharkan kemenangan calonnya, Sadiq Khan walaupun parti pembangkang itu kalah di beberapa tempat di Britain.
Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn mengumumkan kemenangan Khan, 45, mengatasi calon parti Konservatif, Zac Goldsmith.
Dalam kiraan akhir, Khan menang dengan 1,310,143 undi manakala Goldsmith memperoleh 994,614 undi.
"Tahniah Sadiq Khan. Tidak sabar lagi bekerja dengan anda untuk menjadikan London kota yang adil untuk semua!," tulis Corbyn dalam akaun Twitternya.
Persaingan untuk menggantikan Datuk Bandar Boris Johnson dari Konservatif memperlihatkan bagaimana Khan, anak seorang pemandu bas yang berhijrah dari Pakistan pada tahun 1960-an.
Khan menentang Goldsmith yang merupakan anak seorang jutawan yang hidup mewah.
Datuk Bandar New York, Bill de Blasio antara pemimpin terawal yang menghantar mesej tahniah menerusi Twitter dan menyatakan rasa teruja untuk bekerjasama dengan Khan.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo juga dalam Twitternya berkata: "Kemanusiaan dan nilai progresif memberi manfaat untuk warga London."
Namun, tiada respons diterima daripada Goldsmith, walaupun kakaknya, Jemima adalah bekas isteri kepada pemain kriket dan ahli politik Pakistan, Imran Khan yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau.
Jemima menyifatkan kemenangan Khan itu sebagai satu contoh paling hebat kepada orang muda Islam.

Sumber

 

Connect with us on Facebook :)

By. HackingUniversity Get this Widget :)